
Baru-baru ini, perkongsian penyanyi Adira Suhaimi membuatkan ramai terharu apabila dia dan madu dirinya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red dilihat berpimpin tangan di sebuah acara.
Walau bagaimanapun terbaharu, Adira dan akak madu dilihat sekali lagi bermesra apabila penyanyi berkenaan menyambut ulang tahun kelahiran dengan memberikan kejutan kepada Datin Red.
View this post on Instagram
“Happy birthday akak sayang Datin Red. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab besok takVt tak sempat singgah,” tulis Adira pula diruangan kapsyen. Kehadiran Adira itu dilihat membuatkan madunya itu terharu sehinggakan beberapa kali berpelukan.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen orang ramai turut terharu dengan kemesraan mereka yang dalam pada masa sama menerima doa yang baik.
Komen netizen
Dalam pada itu, Datin Red juga berkongsikan video yang sama di Instagram peribadinya dan dia juga speechless apabila Adira tiba-tiba kata nak datang rumah dan dia juga berkata sebenarnya ketika itu dia burnout namun dihantarkan orang yang baik-baik.
“Speechless. Tiba-tiba kata nak datang rumah tiba-tiba kata otw sebenarnya hari ini aku burnout g1le. Tiba-tiba Allah hantarkan aku orang yang baik-baik. Terima kasih sudah bersabar menjadi adikku. Maafkanlah kakak mu ini yang banyak kekurangan. Adira Suhaimi terima kasih tak tau nak balas macam mana kebaikan awak.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page dailynews98
Diolah oleh : Media Network
Sumber/ Kredit : Syor
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.